Acara lari berganti-ganti (relay) seperti 4X100 meter, 4X200 meter dan 4X400 meter merupakan satu acara yang memerlukan para atlet sentiasa berada pada tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Acara lari 4X100 meter ini melibatkan kesemua komponen kecergasan fizikal iaitu kepantasan, kekuatan dan daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa tindakbalas dan ketangkasan. Oleh itu, satu program khas harus dirancang untuk membina komponen-komponen kecergasan bagi menyediakan atlet menghadapi situasi pertandingan.
- Perlu mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton.
- Perlu mahir berlari di selekoh serta merupakan pelari kedua terpantas dalam pasukan.
- Pula perlu mahir dalam berlari pada garisan yang lurus dan mahir dalam menerima dan memberi baton.
PELARI KETIGA
- Pula perlu berkeupayaan dalam berlari di selekoh.
- Berkeupayaan menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberi dengan tangan kiri.
- Merupakan pelari ketiga terpantas dalam pasukan.
- Merupakan pelari terpantas dalam pasukan kerana bahunya terletak keputusan yang bakal dicapai
- Berkebolehan berlari pada garisan yang lurus.
Terdapat dua teknik memberi dan menerima baton iaitu :
a) Teknik menerima dari atas
2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon melaungkan “keluar” apabila hampir dengan penerima baton.
3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka (menadah) ke atas dalam bentuk ‘V’ yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk menerima baton.Sentiasa luruskan tangan dan jangan cuba mengoyang-goyangkannya.
4. Penghantar baton akan menghayun baton ke atas tangan penerima.
5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta.
6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri.Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.
b) Teknik menerima dari bawah
1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton melepasi garisan zon penukaran .
2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon melaungkan “keluar” apabila hampir dengan penerima baton.
3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka (menadah) ke bawah dalam bentuk ‘V’ yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk menerima baton. Sentiasa luruskan tangan dan jangan cuba menggoyang-goyangkannya.
4. Penghantar baton akan menghayun baton dari bawah ke atas tangan penerima.
5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar. Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta.
6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya dan mengawal kelajuan sendiri. Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.
ZON PERTUKARAN BATON
- Satu zon pecutan sepanjang 10 meter sebelum zon penukaran dibenarkan dalam acara 4 x 100 meter
- Zon ini digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.
- Titik tanda pada amnya adalah 5 – 7 meter dari garis mula zon pecutan.
- Penukaran baton pada amnya berlaku pada jarak 12 – 16 meter dam zon penukaran.
No comments:
Post a Comment