Sunday, September 18, 2022

LARI BERPAGAR

PENGENALAN

 

            Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar  dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar.



KATEGORI ACARA LARI BERPAGAR









KEMAHIRAN LARI BERPAGAR


Terdapat beberapa fasa dalam melaksanakan acara larian berpagar. Fasa-fasa tersebut ialah:

  • Permulaan
  • Lonjakan
  • Layangan
  • Mendarat
  • Penamat

(a) Fasa permulaan

Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut. Gunakan gaya dekam di blok permulaan.

 

(b) Fasa lonjakan

Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:

  • Ketinggian atlet
  • Kelajuan larian
  • Jarak jangkauan kaki hadapan
  • Kelajuan langkah kaki hadapan

(c) Fasa layangan

  • Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. Ayunkan tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas.
  • Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi mengarah keluar. Ayun tangan yang selari dengan kaki belakang dengan pantas.
  • Condongkan badan ke hadapan. Badan seolah-olah melayang ke udara.

 

(d) Fasa mendarat

  • Jatuhkan kaki hadapan tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang melepasi pagar.
  • Berat badan di hadapan kaki.
  • Tarik tangan yang bertentangan kaki hadapan ke belakang dengan pantas.
  • Mendarat dengan hujung kaki hadapan (lead leg)

(e) Fasa penamat

  • Lari dengan pecutan maksimum sebai sahaja kaki hadapan mendarat.
  • Ayunkan kedua belah tangan secara agresif dengan bantuan kaki belakang.
  • Pecut hungga ke garisan penamat dengan enam langkah sahaja




              Kombinasi teknik dalam acara lompat pagar

           World Record Aries Merritt 110m hurdles

 

Sumber : https://www.youtube.com/results?search_query=+World+Record+Aries+Merritt+110m+hurdles

No comments:

Post a Comment