Sunday, September 18, 2022

ACARA LARI PECUT

 

  • Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.
  • Dua faktor asas mempengaruhi kepantasan seorang pelari iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah.
  • Terdapat tiga acara dalam acara lari pecut iaitu 100 meter, 200 meter dan 400 meter.

ACARA PECUT 100 METER

Untuk acara 100 meter, larian ini terbahagi kepada 3 fasa :
a) Fasa permulaan
b) Fasa pecutan
c) Fasa penamat

a) Fasa permulaan

  • Atlet akan menukar dengan cepat dari posisi pegun ke aksi larian. Tujuannya adalah untuk mencapai langkah pemecutan penuh seberapa cepat yang boleh.
  • Terdapat tiga cara teknik pemulaan iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

               CONTOH DI FASA PERMULAAN






b) Fasa pecutan

Kedudukan tangan  Kelajuan maksimum adalah kelajuan atlet masih terkawal iaitu dia tidak terlebih berlari dan aksi lariannya adalah mudah dan licin. Selepas mencapai kelajuan maksimum, atlet harus meneruskan larian dengan tenang untuk mengekalkan kelajuan yang telah dicapai sehingga tamat larian.

Kedudukan kepala dan leherKepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari ‘torso’. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan ‘sedia’ diberikan,pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki - Selepas ‘bang’ atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.


c) Fasa penamat

  • Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.






ACARA PECUT 200 METER

  • Perbezaan yang ketara di antara acara 100 meter dengan 200 meter adalah dalam daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan mengekalkan kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh. 
  • Untuk acara 200 meter atlet mesti memperolehi teknik larian yang  betul pada bahagian selekoh kerana jarak 100 meter yang pertama akan dilari pada bahagaian selekoh. Jika berlari di bahagian selekoh, blok-blok mulaan akan ditempatkan berhampiran garisan luar yang membatasi lorong larian, supaya mengikut satu trajektori permulaan yang bertangen pada selekoh
    iaitu 5 – 6 meter melepasi garisan.

Berlari atas selekoh - Apabila berlari di bahagian selekoh, daya emparan (centrifugal   force) mudah menyebabkan atlet tergelincir keluar. Untuk mengatasi gaya ini, atlet akan condong ke selekoh dan memusingkan sedikit tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri. Cara ini akan menolong badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih berkordinasi.

Berlari di lorong lurus - Atlet harus mengekalkan posisi larian yang betul di bahagian selekoh dengan bahu kiri sedikit mendahului bahu kanan supaya atlet tidak tergelincir tetapi  dapat berlari dengan bersahaja menuju ke lorong lurus dan mengekalkan kelajuan yang telah dicapai.




ACARA PECUT 400 METER

  • Teknik untuk larian 400 meter adalah berbeza dengan larian yang digunakan   oleh atlet dalam jarak yang lebih pendek. 
  • Langkah pelari 400 meter harus panjang dan kendur dengan usahanya    bertambah secara beransur-ansur.
  •  Perlumbaan 400 meter bermula di atas selekoh, oleh itu tidak perlu berusaha   untuk mendapatkan  suatu kelajuan tinggi yang tertentu dalam jarak 100 meter   yang awal. 
  • Usaha harus bertambah secara beransur-ansur supaya kelajuan maksimum  dicapai dalam bahagian kedua di lorong lurus yang pertama (di antara 150 meter   dan 200 meter). 
  • Atlet kemudiannya memasuki selekoh kedua dengan langkah terkawal. Atlet hendaklah menumpukan perhatian supaya tidak kehilangan kelajuan dan berusaha mengekalkannya walaupun ini amat sukar dilakukan.


400 meter lelaki di Athletics World Cup 2018



Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=LfeK81ZY2bg&t=228s

No comments:

Post a Comment