Sunday, September 18, 2022

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

 

Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906. Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic Sports. Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya. Pada 1914 hingga 1919, aktiviti olahraga dihentikan kerana perang dunia pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur umtuk mengadakan pertandingan olahraga buat kali yang pertama. Kejohanan olahraga ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya.

            Pada 1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of  Malaya dan kemudiannya ditukar kepada Championships of  Malaya. Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana perang dunia kedua. Pada 1952, nama persatuan ditukar semula kepada Federation of Malaya Amateur Athletic Union (FMAAU).

            Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban dan rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf. Pada 1960 hingga 1962, kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada Malaysia Amateur Athletic Union (MAAU) dan presidennya ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie. Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan dan semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.




No comments:

Post a Comment