Sukan olahraga yang kini dikenali sebagai acara balapan dan
padang merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada
sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga – terdapat banyak acara baik
untuk lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan
ataupun berpasukan. Jika dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas
dijadikan rebutan dalam kebanyakan sukan terbesar dunia seperti Sukan Olimpik,
Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat sekurang-kurangnya sebelas orang
pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara mempertarunhkan
pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk
mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang
dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga.
Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran.
Seorang atlet mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah
sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara mi.Kebanyakan
atlet lebih suka menglibatkan diri mereka terutamanya di peringkat
antarabangsa.Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dan semasa ke
semasa dengan hanya rnengambil bahagian dalam satu atau dua acara.
No comments:
Post a Comment