Tuesday, September 27, 2022

Penghargaan

 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya sangat bersyukur kerana dengan berkat dan rahmat-Nya saya akhirnya dapat menyiapkan tugasan bagi subjek EDUP3053 Teknologi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran ini dengan sempurna.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami yang sangat baik iaitu Puan Zetty Akhmar Binti Amran. Beliau tidak kering gusi memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan terima kasih juga atas kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau kepada saya dan rakan sekelas sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sering memberikan sokongan moral sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. 

Akhir sekali, tidak dilupakan kepada rakan-rakan saya yang saya jadikan sebagai sumber rujukan dan panduan jika saya tidak memahami sesuatu perkara semasa menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya tanpa bantuan mereka saya tidak mampu menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Sunday, September 18, 2022

LARI BERPAGAR

PENGENALAN

 

            Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar  dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar.



KATEGORI ACARA LARI BERPAGAR









KEMAHIRAN LARI BERPAGAR


Terdapat beberapa fasa dalam melaksanakan acara larian berpagar. Fasa-fasa tersebut ialah:

  • Permulaan
  • Lonjakan
  • Layangan
  • Mendarat
  • Penamat

(a) Fasa permulaan

Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut. Gunakan gaya dekam di blok permulaan.

 

(b) Fasa lonjakan

Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:

  • Ketinggian atlet
  • Kelajuan larian
  • Jarak jangkauan kaki hadapan
  • Kelajuan langkah kaki hadapan

(c) Fasa layangan

  • Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. Ayunkan tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas.
  • Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi mengarah keluar. Ayun tangan yang selari dengan kaki belakang dengan pantas.
  • Condongkan badan ke hadapan. Badan seolah-olah melayang ke udara.

 

(d) Fasa mendarat

  • Jatuhkan kaki hadapan tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang melepasi pagar.
  • Berat badan di hadapan kaki.
  • Tarik tangan yang bertentangan kaki hadapan ke belakang dengan pantas.
  • Mendarat dengan hujung kaki hadapan (lead leg)

(e) Fasa penamat

  • Lari dengan pecutan maksimum sebai sahaja kaki hadapan mendarat.
  • Ayunkan kedua belah tangan secara agresif dengan bantuan kaki belakang.
  • Pecut hungga ke garisan penamat dengan enam langkah sahaja




              Kombinasi teknik dalam acara lompat pagar

           World Record Aries Merritt 110m hurdles

 

Sumber : https://www.youtube.com/results?search_query=+World+Record+Aries+Merritt+110m+hurdles

ACARA LARI JARAK JAUH

 




ACARA 3000 METER BERHALANGAN

  • Dalam acara ini, peserta akan mengharung pelbagai halangan seperti pagar kayu, melompat pagar biasa, melompat melepasi kolam berair dan berlari.
  •  Bagaimanapun, peserta yang ingin bergiat aktif dalam acara ini perlu berlatih berlari 400 meter berpagar untuk meningkatkan teknik dan kelajuan.




ACARA LARI 5000 METER

  • Acara ini banyak diperuntukkan kepada lelaki dan perempuan.
  • Tempat permulaan acara ini adalah pada tempat permulaan 200 meter.
  • Permulaan untuk acara ini menggunakan gaya berdiri.
  • Sebaik saja isyarat permulaan dibunyikan, peserta akan memecut untuk mengambil lorong paling dalam bagi mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan.

TEKNIK LARIAN 5000 METER

  1.  Berlari di lorong paling dalam - Dapat mengurangkan jarak larian sebenar     kerana permulaan acara ini selari
  2.  Mengekalkan kelajuan sepanjang larian - Jika boleh,hampirilah pelari yang   mendahului larian dan berlarilah dalam kumpulan untuk mengelakkan   daripada ketinggalan
  3.  Berlari mengikut rentak diri atau keupayaan sendiri - Elakkan berlari   mengikut rentak lawan kerana ini akan mengganggu larian pelari dan   berkemungkinan tidak dapat meneruskan larian.
  4.  Memecut pada akhir larian - Pelari yang baik mampu memecut pada   peringkat akhir larian. Ada yang memecut pada jarak 100 meter terakhir   dan ada juga yang memecut pada pusingan yang terakhir

 


ACARA LARI 10000 METER

  • Pelari berlari sebanyak 25 pusingan trek 400 meter
  • Acara 10 000 meter dikhaskan untuk lelaki sahaja
  • Gaya berdiri digunakan untuk memulakan larian
  • Teknik larian sama dengan acara lari 5000 meter



Atlet Uganda Joshua Cheptegei yang memegang rekod dunia bagi acara 10000 meter


ACARA LARI JARAK SEDERHANA

 Terdapat dua acara sahaja yang tergolong dalam acara larian jarak sederhana iaitu :

  • 800 meter
  • 1500 meter

ACARA LARI 800 METER

  • Pelari perlu berlari dua pusingan balapan.
  • Peserta harus membahagikan larianya kerana pelari tidak boleh berlari pada kelajuan maksimum sepanjang lariannya.

 

FASA PERMULAAN LARIAN

  • Permulaan larian ialah gaya berdiri.
  • Peserta berlari dalam lorong masing-masing hanya untuk 100 meter pertama sahaja.
  • Selepas peserta melepasi 100 meter pertama ,mereka akan memotong masuk ke lorong pertama.


FASA SEMASA LARIAN 

  • Menggunakan permulaan cara berdiri memberi peluang pada kaki untuk diletakkan paling dekat dengan garisan permulaan dan tangan bebas bergerak serentak dengan pergerakan kaki.
  • Kedudukan badan hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala selari dengan torso sereta dalam keadaan menegak dan seimbang.
  • Elakkan daripada menoleh kerana ia boleh mengganggu pergerakan dan keseimbangan badan.
  • Tangan dalam keadaan tidak tegang, dihayun kehadapan menyilang badan tetapi tidak melepasi bahagian tengah badan.

 

FASA PENAMAT 

  • Bahagian torso harus sampai dahulu ke garisan penamat.


           Rekod dunia acara 800 meter yang dipegang oleh                                       atlet Kenya, Rudisha


Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=YKEOjWEzVGs&t=8s



ACARA LARI 1500 METER


  • Pelari perlu berlari 3 3/4 pusingan balapan.
  • Dalam acara 1500 meter, latihan yang konsisten dan intensif amat penting.
  • Seorang pelari harus melalui latihan yang lama & bersistem agar jantung, paru-paru dan otot dapat dilazimkan supaya dapat memenuhi keperluan oksigen apabila kadar kerja meningkat.

FASA PERMULAAN LARIAN

  • Permulaan bagi acara 800 meter dan 1500 meter adalah sama iaitu dengan cara berdiri.
  • Tempat permulaan bagi acara 1500 meter ialah pada lengkung kedua trek 400 meter.


FASA SEMASA LARIAN 

  • Teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari.
  • Hayunan kaki dan tangan adalah penting serta dilakukan secara berlawanan untuk pelari meningkatkan kepantasan.
  • Pelari juga perlu menumpukan perhatian, tenang dan bersahaja supaya pelari mempunyai tenaga simpanan yang akan digunakan untuk membuat pecutan pada fasa akhir larian. 

 

FASA PENAMAT 

  • Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu dengan menolak torso ke hadapan untuk mencecah tali penamat lebih dahulu daripada pelumba lain.


Teknik larian 1500 meter

                      
Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=bVr5r4AIYAw&t=84s
 


 

ACARA LARI PECUT

 

  • Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.
  • Dua faktor asas mempengaruhi kepantasan seorang pelari iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah.
  • Terdapat tiga acara dalam acara lari pecut iaitu 100 meter, 200 meter dan 400 meter.

ACARA PECUT 100 METER

Untuk acara 100 meter, larian ini terbahagi kepada 3 fasa :
a) Fasa permulaan
b) Fasa pecutan
c) Fasa penamat

a) Fasa permulaan

  • Atlet akan menukar dengan cepat dari posisi pegun ke aksi larian. Tujuannya adalah untuk mencapai langkah pemecutan penuh seberapa cepat yang boleh.
  • Terdapat tiga cara teknik pemulaan iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

               CONTOH DI FASA PERMULAAN






b) Fasa pecutan

Kedudukan tangan  Kelajuan maksimum adalah kelajuan atlet masih terkawal iaitu dia tidak terlebih berlari dan aksi lariannya adalah mudah dan licin. Selepas mencapai kelajuan maksimum, atlet harus meneruskan larian dengan tenang untuk mengekalkan kelajuan yang telah dicapai sehingga tamat larian.

Kedudukan kepala dan leherKepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari ‘torso’. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan ‘sedia’ diberikan,pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki - Selepas ‘bang’ atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.


c) Fasa penamat

  • Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.






ACARA PECUT 200 METER

  • Perbezaan yang ketara di antara acara 100 meter dengan 200 meter adalah dalam daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan mengekalkan kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh. 
  • Untuk acara 200 meter atlet mesti memperolehi teknik larian yang  betul pada bahagian selekoh kerana jarak 100 meter yang pertama akan dilari pada bahagaian selekoh. Jika berlari di bahagian selekoh, blok-blok mulaan akan ditempatkan berhampiran garisan luar yang membatasi lorong larian, supaya mengikut satu trajektori permulaan yang bertangen pada selekoh
    iaitu 5 – 6 meter melepasi garisan.

Berlari atas selekoh - Apabila berlari di bahagian selekoh, daya emparan (centrifugal   force) mudah menyebabkan atlet tergelincir keluar. Untuk mengatasi gaya ini, atlet akan condong ke selekoh dan memusingkan sedikit tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri. Cara ini akan menolong badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih berkordinasi.

Berlari di lorong lurus - Atlet harus mengekalkan posisi larian yang betul di bahagian selekoh dengan bahu kiri sedikit mendahului bahu kanan supaya atlet tidak tergelincir tetapi  dapat berlari dengan bersahaja menuju ke lorong lurus dan mengekalkan kelajuan yang telah dicapai.




ACARA PECUT 400 METER

  • Teknik untuk larian 400 meter adalah berbeza dengan larian yang digunakan   oleh atlet dalam jarak yang lebih pendek. 
  • Langkah pelari 400 meter harus panjang dan kendur dengan usahanya    bertambah secara beransur-ansur.
  •  Perlumbaan 400 meter bermula di atas selekoh, oleh itu tidak perlu berusaha   untuk mendapatkan  suatu kelajuan tinggi yang tertentu dalam jarak 100 meter   yang awal. 
  • Usaha harus bertambah secara beransur-ansur supaya kelajuan maksimum  dicapai dalam bahagian kedua di lorong lurus yang pertama (di antara 150 meter   dan 200 meter). 
  • Atlet kemudiannya memasuki selekoh kedua dengan langkah terkawal. Atlet hendaklah menumpukan perhatian supaya tidak kehilangan kelajuan dan berusaha mengekalkannya walaupun ini amat sukar dilakukan.


400 meter lelaki di Athletics World Cup 2018



Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=LfeK81ZY2bg&t=228s

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

 

Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906. Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic Sports. Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya. Pada 1914 hingga 1919, aktiviti olahraga dihentikan kerana perang dunia pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur umtuk mengadakan pertandingan olahraga buat kali yang pertama. Kejohanan olahraga ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya.

            Pada 1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of  Malaya dan kemudiannya ditukar kepada Championships of  Malaya. Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana perang dunia kedua. Pada 1952, nama persatuan ditukar semula kepada Federation of Malaya Amateur Athletic Union (FMAAU).

            Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban dan rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf. Pada 1960 hingga 1962, kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada Malaysia Amateur Athletic Union (MAAU) dan presidennya ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie. Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan dan semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.




PENGENALAN

 

Sukan olahraga yang kini dikenali sebagai acara balapan dan padang merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga – terdapat banyak acara baik untuk lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun ber­pasukan. Jika dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakan sukan terbesar dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat se­kurang-kurangnya sebelas orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara mempertarunhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga.

            Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seorang atlet mungkin ber­kemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara mi.Kebanyakan atlet lebih suka menglibatkan diri mereka terutamanya di peringkat antarabangsa.Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dan semasa ke semasa dengan hanya rnengambil bahagian dalam satu atau dua acara.